Assalamualaikum,
Apa khabar pembaca blog ni di luar sana. Moga hari anda ceria dan urusan anda dimudahkan Allah.
Lagi-lagi cerita potong rumput di Bintulu.
Memanglah. Dah blog pasal perkhidmatan memotong rumput di Bintulu.
Kali ni, saya nak cerita sikit pasal anak saya si Irfan @ Along.
Dia merupakan orang yang bertanggungjawab di atas penubuhan Combat & Sons ni. Along ni lepas je PT3 hari tu, sibuk nak cari kerja part time. Setiap hari tanya saya, dah carikan kerja untuk dia tak. Saya ada la tanya kat kekawan pasal kerja part time, tapi semuanya mengecewakan. Jadi, saya syorkanla dia pasal potong rumput. Alhamdulillah. Along tak membantah. Memang sebelum ini dia pernah juga tolong ayah dia @ Combat memotong rumput di Sedidik Mutiara Jepak 2 & Sedidik Mutiara Jepak 3. Adala pengalaman memotong rumput.
Customer pertama secara rasmi perkhidmatan memotong rumput oleh Combat & Sons ialah seorang doktor di Hospital Nyabau. Secara kebetulan, pagi 19 Oktober 2016, saya post di facebook .Dan doktor tu reply post berkenaan. Alhamdulillah. Jiran belakang rumah doktor tu pun menggunakan perkhidmatan potong rumput by Combat & Sons.
Minggu berikutnya, saya post di iklan facebook . Alhamdulillah. Viewer dari Taman Seri Pelabuhan pula yang menggunakan perkhidmatan potong rumput di Bintulu oleh Combat & Sons. Yang ini, dia siap kumpul order lagi untuk Combat & Sons. Mudahan , murah rezeki tuan ni.
Alhamdulillah. Setakat ini, tempahan perkhidmatan potong rumput di Bintulu masih dibuka.
Setiap minggu, saya akan setkan target kawasan yang kami akan pergi. Ini bagi membolehlan kami memberikan perkhidmatan potong rumput yang terbaik untuk anda di Bintulu.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Moga kita berjumpa dan anda dapat menggunakan perkhidmatan potong rumput di Bintulu dengan Combat & Sons.
Watsap ye untuk tempahan.
Hafsah Mohamad Ali
018-2193669
018-2193669
018-2193669